Tuesday, March 8, 2011

LARI PECUT

DEFINISI :
Merupakan acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin.
Dua faktor mempengaruhi larian ialah panjang langkah dan kekerapan langkah.
 
TEKNIK PERMULAAN
  • Ke garisan
  • Dapat memasang blok permulaan
  • Dengan teknik yang betul  peserta melangkah ke garisan setelah isyarat diberikan.
  • Posisi dan kedudukan dekam tangan
  • Dibuka seluas bahu di belakang dan bahu selari dengan garisan.

SEDIA
  • ·Punggung tinggi daripada aras kepala.
  •  Berat hadapan  di bawa ke hadapan.
  •  Bahu melepasi garisan
  •  Mata memandang ke hadapan lebih kurang 1 meter  dapat melakukan teknik sedia dengan betul.
MULA         
  •  Masa tindak balas semasa isyarat diberikan 
  •  Tolakkan kaki ke belakang untuk melangkah 
  • Badan bersudut sepanjang 30 meter pertama 
  • Koordinasi kaki dan tangan betul 
  • Anyunan tangan maksimum 
  • Dapat melakukan teknik mula dengan betul dan tepat
Teknik penamat
  •  Lari terus ke garisan malintasi garisan penamat dengan dihalui bahagian “toso”
  • Tangan dihayun ke belakang semasa membuat “dipping”
  • ·Mengekalkan kepantasan ,imbangan ,serta daya semasa menamatkan larian.
  •  Dapat melakukan teknik sedia dengan betul .

LATIHAN ANSUR MAJU

Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut, latihan kekuatankaki dan latihan pecutan.a) Latihan mendorong- Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan- Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan- Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untukmengelakkan diri disentuh- Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulanb) Larian teknik pecut- Berlari dengan melangkah panjang- Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut- Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.- Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.- Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.- Berlari menyepak ke belakang.- Berlari dengan lutut tinggi dan memecut- Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku danbergerak dari pinggul ke paras hidung.c) Latihan kekuatan Kaki dan latihan pecutan- Melonjak untuk jarak.- Melangkah panjang ( bounding )- Melonjak dan melangkah melepasi halangan.- Melompat, memusing, mendekam, dan memecut.- Berpasangan : Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

SEJARAH LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernahdicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerjaserta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acarastade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter.Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yangdinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpil kuno, larianbermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blokpermulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubangsaiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza.Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaandigunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan.Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai carapermulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an rama jurulatihmembuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencilstart”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaandimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkanpertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telahdiperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yangpertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan

PENGENALAN ACARA LARI PECUT

Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagiananggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untukmembuat larian sepantas mungkin.. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asasacara lari pecut adalah seperti berikut :a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.c) Tangan digerakkkan dengan pantas.d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan.Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain.Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin,permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkinjuga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amatsukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yangmembolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlukemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehansemulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelariyang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang bolehdikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untukmenguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dankeupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianyabergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanyamempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan denganlatihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.

ACARA LARIAN

Pecut adalah acara sehingga dan termasuk 400 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:
Acara jarak sederhana adalah acara yang lebih jauh berbanding pecut dan sehingga 3000 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:
Acara jarak jauh adalah acara melebihi 3000 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:

LARI PECUT 100 meter

100 m adalah jarak klasik lumba lari pecut dalam olahraga. Pemegang rekod dunia lumba jarak ini biasanya digelar sebagai "manusia terpantas di dunia", dan gelaran Olimpik lari 100 m biasanya dianggap sebagai salah satu gelaran yang paling bernilai tinggi.

Rekod dunia

 Lelaki

Data berikut tepat sehingga 31 Mei
No. Masa Angin (m/s) Atlet Negara Tarikh Lokasi
1 9.72 +1.7 Usain Bolt Bendera Jamaika Jamaica 31 Mei 2008 New York City
2 9.74 +1.7 Asafa Powell Bendera Jamaika Jamaica 9 September 2007 Rieti
3 9.79 +0.1 Maurice Greene Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat 16 Jun 1999 Athens
4 9.84 +0.7 Donovan Bailey Bendera Kanada Kanada 27 Julai 1996 Atlanta
+0.2 Bruny Surin Bendera Kanada Kanada 22 Ogos 1999 Seville
+1.0 Tyson Gay Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat 18 Ogos 2006 Zürich
7 9.85 +1.2 Leroy Burrell Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat 6 Julai 1994 Lausanne
+0.6 Justin Gatlin Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat 22 Ogos 2004 Athens
+1.7 Olusoji Fasuba Bendera Nigeria Nigeria 12 Mei 2006 Doha
10 9.86 +1.2 Carl Lewis Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat 25 Ogos 1991 Tokyo
−0.4 Frankie Fredericks Bendera Namibia Namibia 3 Julai 1996 Lausanne
+1.8 Ato Boldon Bendera Trinidad dan Tobago Trinidad dan Tobago 19 April 1998 Walnut
+0.6 Francis Obikwelu Bendera Portugal Portugal 22 Ogos 2004 Athens

 Wanita

Data berikut tepat sehingga 27 Julai 2005.
No. Waktu Atlet Negara Tanggal Tempat
1. 10.49 Florence Griffith Joyner Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat 16 Julai 1988 Indianapolis
2. 10.65 Marion Jones Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat 12 September 1998 Johannesburg
3. 10.73 Christine Arron Bendera Perancis Perancis 19 Ogos 1998 Budapest
4. 10.74 Merlene Ottey Bendera Jamaika Jamaica 7 September 1996 Milan
5. 10.76 Evelyn Ashford Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat 22 Ogos 1984 Zurich

Soalan

Menyenaraikan jenis-jenis acara dalam olahraga yang berkaitan dengan acara padang dan balapan.
SEJARAH OLAHRAGA
Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi
perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran
asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan
pemerintah. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu
khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari
semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan.
Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih
pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai
hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri
ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu.
Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk
meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula
sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul
sebagai pemenang pula. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik
dan mendapat perhatian orang ramai.
Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula
individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih
ramai yang mengambil bahagian bagi menguji keupayaan masing-masing. Untuk mencapai
kemenangan sudah tentu mereka akan berlatih bersungguh-sungguh dan akan mempamerkan
kebolehan sebenar semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji
kebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di merata dunia.
Walaupun ada kalanya bentuk pertandingan agak berbeza-beza, namun matlamat dan
tujuannya sama.
Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan
diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan
dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan ‘olahraga’ atau ‘athletics’. Sejak
zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan
penduduk Greek Kuno.

Tuesday, February 8, 2011

HELO! SELAMAT DATANG KE BLOG ALBEEFOX

Selamat datang ke blog kami. Harap maklumat yang kami tulis dapat membantu anda semua dalam P&P sepanjang masa ini. Sekian. Terima kasih!