Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagiananggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untukmembuat larian sepantas mungkin.. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asasacara lari pecut adalah seperti berikut :a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.c) Tangan digerakkkan dengan pantas.d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan.Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain.Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin,permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkinjuga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amatsukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yangmembolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlukemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehansemulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelariyang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang bolehdikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untukmenguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dankeupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianyabergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanyamempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan denganlatihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.
No comments:
Post a Comment