Tuesday, March 8, 2011

LATIHAN ANSUR MAJU

Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut, latihan kekuatankaki dan latihan pecutan.a) Latihan mendorong- Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan- Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan- Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untukmengelakkan diri disentuh- Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulanb) Larian teknik pecut- Berlari dengan melangkah panjang- Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut- Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.- Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.- Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.- Berlari menyepak ke belakang.- Berlari dengan lutut tinggi dan memecut- Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku danbergerak dari pinggul ke paras hidung.c) Latihan kekuatan Kaki dan latihan pecutan- Melonjak untuk jarak.- Melangkah panjang ( bounding )- Melonjak dan melangkah melepasi halangan.- Melompat, memusing, mendekam, dan memecut.- Berpasangan : Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment